Friday 14 November 2014

Best ke Kahwin Awal/Muda?

Assalamua'laikum ... :)

Soalan yang biasa saya dapat seperti di atas? Rata2x orang yg mula kenal saya akan tanya soalan sperti di atas. Pada mulanya sukar saya nak jawab. Kadang2x saya terdiam, kadang2x saya hanya senyum. Selepas beberapa tahun berkahwin, baru saya dapat jawapan yang bg sy boleh dikatakan sesuai. Ada yg ckp pada saya, bestnya kahwin awal kan? Ye, mmg best. Pergi ke mana2x berteman, jalan2x boleh berpimpin tangan. Tetapi, perkahwinan datang dengan tanggungjawab. Tanggungjawab yg bakal dipersoalkan di hadapan Allah. Lulus atau gagalkah kita? Mampukah kita menjadi isteri yg taat? Itu belum masuk bab mendidik anak2x.
Antara dialog lain yg biasa diucapkan pada saya, tak susah ke kahwin masa belajar? Single lagi best dan sng. Barangkali ianya betul. Walaubagaimanapun, ianya bergantung pada bagaimana kita memandang sesuatu perkara. Susah atau tidak ianya hanya apa yg kita fikirkan. Andai kita merasakan susah, maka ianya akan susah. Andai kita 'enjoy' apa yg kita buat maka kita akan merasakan ianya mudah. Andai kita merasakan perkahwinan ini untuk mencari redha Allah, tanggungjawab yg kita pikul bakal menjadi jalan dan tangga ke syurga, ianya akan dipermudahkan. Walaupun perkahwinan bakal diuji, kita akan tetap tenang. Akhir sekali, siapapun kita, kahwin atau tidak. Kita bakal diuji. Kita juga memikul pelbagai tanggungjawab yg bakal ditanya kelak. Susah atau tidak. Best atau tidak. Bergantung pada cara kita melihat ia :) 

Mari Berkenalan

Assalamua'laikum. :)

Nama saya seperti yg tertera, berumur 24 tahun :) Jujur saya katakan saya tidak tahu bagaimana untuk bermula. Saya hanya menulis blog sebab saya ingin berkongsi. :) Maaf jika blog saya sangat membosankan. Okay .. Saya anak bongsu dr 5  orang adik beradik, pelajar tahun akhir yg tidak begitu rajin di sebuah kolej, juga seorang isteri dan ibu yg agak garang kepada 3 orang anak. Terima kasih yg sudi singgah dan membaca. Saya berharap blog saya bakal memberi manfaat pada smua :) Sbelum saya bermula, saya alukan komen dan nasihat andai ada yg tidak sepatutnya di blog saya boleh emel saya okay!

Sekian,
Akan bersambung ... :)